Pemilik restoran murtabak terkenal dihukum penjara


PEMILIK restoran murtabak terkenal Zam Zam dan bekas rakannya dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah di Singapura kerana berkomplot mengelar wajah pesaingnya.

Bernama dalam laporan yang memetik sumber berita dalam talian melaporkan  Zackeer Abbass Khan, 49, dikenakan hukuman penjara enam tahun dan enam sebatan kerana mendalangi serangan itu.

Bekas rakannya, yang juga ahli kongsi gelap, Anwer Ambiya Kadir Maideen, 50, pula dikenakan hukuman penjara lima setengah tahun, bagaimanapun Anwer tidak dikenakan hukuman sebatan kerana berusia lebih 50 tahun.

Kedua-dua lelaki mereka didakwa mencederakan penyelia Restoran Victory, Liakath Ali Mohamed Ibrahim hampir lima tahun lalu.

Kejadian itu meninggalkan parut kekal sepanjang lima sentimeter di bahagian bibir atas kanan Liakath

Hakim, dalam kenyataannya berkata, kes ini dirujuk sebagai persaingan perniagaan hampir seabad di antara Zam Zam dan Victory, yang terletak bersebelahan di North Bridge Road di kawasan Bugis.

Laporan berita dalam talian itu menyebut, Liakath, yang bekerja di Zam Zam sejak 1985 dan berhenti pada 2014 untuk bekerja dengan Restoran Victory. Zackeer kemudian menyimpan dendam terhadap bekas rakannya itu.

Peguam Zackeer, Sabrinder Singh dalam laporan itu berkata, bahawa anak guamnya akan membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Daerah Mathew Joseph, sementara Anwer akan mula menjalani hukumannya pada 6 Julai.

Post a comment

0 Comments