Pengundi akan ingat pengkhianatan dua ADUN - AMK Kedah

 
TINDAKAN
dua bekas ADUN KEADILAN di Kedah yang meninggalkan parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Muhyiddin Yassin serta kerajaan Perikatan Nasional (PN) diselar.

Angkatan KEADILAN Muda (AMK) Kedah melalui ketuanya,  Mohammed Firdaus Johari, berkata tindakan itu jelas pengkhianatan kepada mandat yang diberikan rakyat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

"Tindak-tanduk dan sikap yang ditunjukkan mereka berdua yang sentiasa membelakangi arahan parti selama ini akhirnya diterjemahkan dengan pengkhianatan yang mereka lakukan," katanya dalam kenyataan media.

Adun Sidam, Robert Ling dan Adun Lunas, Azman Nasrudin sebelum membuat pengumuman meninggalkan parti itu, ia sekaligus melemahkan kedudukan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.

Sebagai rekod, kerajaan negeri pimpinan Mukhriz kekal menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN0 di negeri itu sebagai tanda menjunjung amanah diberikan rakyat melalui Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Sementara itu Mohammed Firdaus berkata, AMK Kedah yakin pengundi di Lunas dan Sidam akan mengingati peristiwa yang berlaku berkenaan.

Kedua-dua mereka tegasnya akan dihukum rakyat pada PRU akan datang.

"Adun Sidam dan Adun Lunas mendapatkan sokongan pengundi dengan menggunakan lambang KEADILAN sejak dua penggal lalu. Pengundi  memberikan mandat dengan memangkah lambang KEADILAN.

"AMK Kedah yakin pengundi akan mengingati peristiwa hitam yang berlaku ini dan bersedia untuk menghukum mereka dalam PRU ke-15 yang akan datang," jelasnya. 

Sebelum ini, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak terkejut dengan tindakan kedua-dua pemimpin tersebut. 



BACA: Tindakan dua ADUN keluar parti tak mengejutkan - Anwar

Tambahnya, apa yang berlaku membuktikan tindakan tegas parti yang mengambil tindakan terhadap individu bermasalah dalam parti itu kebelakangan ini wajar dan berasas. 
 

Post a comment

0 Comments