Peniaga maut kereta terbabas selepas dirempuh


SEORANG
peniaga maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta berhampiran Masjid Al-Tabiyah Al Islamiah, Wakaf Che Yeh semalam.

Wan Mohd Isa Wan Abdullah, 33 dari Ketereh yang memandu kereta jenis Proton Saga meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud yang dipetik laporan Sinar berkatasiasatan awal mendapati, kemalangan berlaku selepas kereta Perodua Bezza dipandu seorang lelaki berumur 34 tahun dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai hilang kawalan.

Keadaan ditempat kemalangan | Foto- Sinar
Susulan itu, kenderaan tersebut telah memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kereta dinaiki Wan Mohd Isa.

Akibat pelanggaran tersebut, kereta dinaiki Wan Mohd Isa dari Kuala Krai menghala ke Kota Bharu pula terbabas sebelum dilanggar pula oleh Myvi yang datang dari arah sama.

"Pemandu Bezza mengalami kecederaan di bahagian kepala dan mendapat rawatan di Zon Merah HRPZ II, manakala pegawai perubatan yang juga pemandu Myvi dari Peringat pula hanya mengalami kecederaan luar dan telah dibenarkan keluar hospital.

"Mayat mangsa dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menurut laporan itu.

Post a comment

0 Comments