Pesawat terhempas di kawasan perumahan


SEBUAH
pesawat yang membawa 107 krew dan penumpang terhampas di sebuah kawasan perumahan di Karachi, Pakistan.

Memetik laporan Rauters, pesawat terbabit adalah pesawat jenis Airbus A320 milik Pakistan International Airlines (PIA).

Syarikat penerbangan negara itu berkata, penerbangan PK 8303 terhempas bersama 99 penumpang dan 8 kru, tetapi pegawai penerbangan awam berkata jumlah bagi kru dan penumpang ialah 99 orang.

jurucakap PIA, Abdullah H Khan dalam satu klip video memberitahu, perkara terakhir didengar pihaknya daripada juruterbang memaklumkan pesawat berdepan masalah teknikal.

“Beliau diberitahu daripada pendekatan terakhir yang kedua-dua landasan sudah bersedia untuk pendaratan, tetapi juruterbang memutuskan mahu membuat satu pusingan…

"Ia adalah insiden sangat tragik.” katanya dipetik.

Sementara itu,  Rakaman televisyen menunjukkan kepulan asap menjulang ke udara dengan serpihan bumbung rumah yang runtuh bertaburan di jalan raya, ketika ambulans bergegas ke tempat kejadian.

Airbus A320 berusia 15 tahun itu yang berlepas dari bandar timur Lahore ke Karachi itu dilapor baru menyambung semula penerbangan domestik susulan penularan pengantungan kerana pandemik Covid-19.

Seorang pegawai kanan penerbangan awam memberitahu Reuters, pesawat itu gagal menurunkan tayarnya akibat masalah teknikal sebelum mendarat.

Sehingga kini punca dan jumlah sebenar kematian masih tidak diketahui. 

Post a comment

0 Comments