PM Rusia sah dijangkiti Covid-19


PERDANA
Menteri Rusia Mikhail Mishustin disahkan dijangkiti Koronavirus (Covid-19).

Berita itu dimaklumkan beliau sendiri menerusi satu sidang video yang disiarkan di saluran berita Russia 24.

Aensi berita Anadolu yang memetik kenyataan Mishustin, 54, berkata, beliau akan menjalani kuarantin sehingga sembuh,

“Saya baru dapat tahu saya disahkan positif Covid-19. Saya akan menjalani kuarantin dan mengikut arahan doktor. Ini mesti dilakukan untuk melindungi rakan sekerja saya,” kata Mishustin.

Sementara tempoh kuarantin, tugas beliau akan dipangku oleh naib perdana menteri Andrey Belousov.

Mishustin pada Januari tahun ini dilantik sebagai Perdana Menteri baharu selepas seluruh kabinet Rusia mengumumkan pengunduran dari pentadbiran negara itu.

Pada Khamis, kes Covid-19 di Rusia melepasi angka 105,000 dan lebih 1,000 orang maut.

Seramai 7,099 orang diuji positif dan 101 pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu.

Post a comment

0 Comments