Rozaimi bidas Mokhtar Senik


PENDAKWAH
terkenal, Dr Ustaz Rozaimi Ramle menegur tindakan seorang Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, berhubung kenyataan berkaitan Muafakat Nasional (MN).

Ketua Jabatan Pengajian Islam UPSI itu melalui hataran di laman Facebooknya berkata mana-mana parti politik boleh berpakat dengan sesiapa sahaja dan itu adalah hak ijtihad masing-masing.

Namun jelasnya kenyataan mengaitkan malaikat dengan keputusan politik parti disertainya itu disifatkans sebagai keterlaluan.

“Dakwaan ustaz ini pakatan parti beliau membuatkan malaikat di langit pun melaungkan takbir sehingga bergema ke seluruh penjuru alam ini, bagi saya melampau.

“Benda-benda ghaib begini janganlah dibuat main dalam politik kepartian.

“Saya bimbang nanti ahli politik lawan pula guna nama malaikat untuk ijtihad mereka. Akhirnya nama malaikat menjadi mainan orang politik,” tegasnya dipetik portal Malaysiadateline.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu dalam satu tulisan yang disiar sebuah portal milik parti politik berkata, MN adalah sebuah nama dan kesepakatan yang cukup berkat.

"MN juga adalah sebuah nama dan piagam yang menggetarkan hati syaitan

“Sebuah kesepakatan yang membuat malaikat di langit melaungkan Takbir sehingga bergema ke seluruh penjuru alam,” katanya
 

Post a comment

0 Comments