Saintis ramal usaha hasilkan vaksin Covid-19 mungkin gagal


KETIKA dunia perubatan giat memperkata usaha menghasilkan vaksi Covid-19, seorang saintis terkemuka Amerika Syarikat (AS)memberi amaran bahawa vaksin tersebut 'mungkin tidak akan ditemui'.

"Saya tidak meletakkan harapan (vaksin akan ditemui)," kata William Haseltine, terbabit dalam penyelidikan inovatif berkaitan kanser dan HIV/AIDS dipetik Reuters.

Haseltine memberi alternatif supaya negara-negara yang sudah melonggarkan perintah kawalan atau perintah berkurung untuk bergantung kepada pengesanan jangkitan dan langkah-langkah pengasingan yang ketat untuk mengawal penyebarannya.

Cara itu jelasnya terbukti berhasil di beberapa negara yang berjaya meminimumkan penyebaran.

Sebelum ini, banyak pihak berusaha untuk membangunkan vaksin, antaranya Oxford University, selain sebuah firma yang berpangkalan di Massachusetts, Amerika Syarikat.

Ketika beberapa pihak memaklumkan peringkat pertama ujian terhadap vaksin yang dihasilkan menunjukkan petanda positif, Haseltine bagaimanapun mengingatkan vaksin dihasilkan gagal melindungi selaput lendir pada hidung, yang merupakan jalan utama bagi virus memasuki tubuh.

Walaupun ujian yang dibuat terhadap beberapa vaksin COVID-19 dikesan dapat mengurangkan viral load pada organ seperti paru-paru, namun jangkitan masih ada.

"Tanpa rawatan atau vaksin, virus itu masih dapat ditangani dengan cara mengenal pasti jangkitan, mencari dan mengasingkan individu yang telah dijangkiti. Harapan kini terletak pada cara kita mengawalnya.

"Orang ramai juga harus sentiasa memakai topeng, mencuci tangan, membersihkan permukaan dan melakukan penjarakan sosial," kata Haseltine dipetik.

Post a comment

0 Comments