Saksi dakwa Bung Mokhtar ubah amaun pelaburan Felcra


SEORANG
saksi dalam kes tuduhan rasuah membabitkan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra),

Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin didakwa mengubah amaun pelaburan tunai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

Perkara itu didedahkan seorang saksi dalam kes tuduhan rasuah membabitkan Bung Mokhtar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah agensi itu, Dr Habibah Suleiman, Bung Mokhtar mengubah amaun pelaburan itu kepada RM150 juta sedangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) hanya menyatakan sebanyak RM50 juta.

Beliau menganggap Bung Mokhtar mengubah jumlah pelaburan berkenaan selepas mengakui bertemu dengan Menteri Kewangan ketika itu.

“ALP juga tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkaitan perubahan amaun itu sehingga Mesyuarat Lembaga Pengarah bil 157 diadakan.

“Pihak ALP ada bertanya kepada Bung Mokhtar berkaitan perbezaan amaun yang dilaburkan di dalam Unit Amanah Public Mutual tapi Bung mengaku sudah bertemu dengan Menteri Kewangan dengan membawa surat permohonan Felcra Berhad untuk mendapatkan kelulusan,” katanya dipetik.

Bung Mokhtar, 60, didakwa menerima rasuah bernilai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, 38, melalui isteri tertuduh iaitu Zizie Ezette.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu sebagai dorongan bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam, M Athimulan yang mewakili Bung Mokhtar, saksi pendakwaan kelima itu berkata, beliau hanya mengetahui pelaburan itu bertambah daripada RM50 juta kepada RM150 juta ketika mesyuarat ALP pada bulan Jun 2015.
 

Post a comment

0 Comments