Senator tolak permohonan maaf Pensyarah


SENATOR
Dewan Negara Aiman Athirah Al Jundi menolak permohonan maaf dimuat naik permohonan maaf Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff terhadapnya.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional itu berkata, permohonan maaf Kamarul dibuat dalam keadaan mengelirukan dan salah arah.

Tanpa menarik balik tuduhan, Kamarul jelasnya terus menyerangnya melalui tulisan tersebut.

"Malah beliau cuba berhujah mewajarkan tulisan beliau sebelum ini, saya dengan ini menolak permohonan maaf berkenaan atas faktor-faktor di atas” kata Aiman melalui satu kenyataan.

Terdahulu, Kamarul dikatakan memuatnaik tulisan melabel Aiman dengan ayat ‘Ketua Wanita AMANAH yang hipokrit’.

KETUA
Penerangan Pakatan Harapan itu memberikan tempoh 48 jam untuk Kamarul memohon maaf secara terbuka dan menarik semula tuduhan terhadapnya namun Kamarul dilapor sempat menyindir Aiman dalam posting permohonan maaf beliau.

“Saya sangkakan beliau (Aiman) kuat semangat Melayu Islamnya, rupa-rupanya sangkaan saya ini adalah tidak betul,” tulis Kamarul.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, Anis Afida Mohd Azli menyarankan Kamarul meninggalkan kerjaya akademik dan masuk ke gelanggang politik secara bermaruah.

Katanya, sebagai seorang ahli akademik Kamarul seharusnya memberikan kenyataan yang bersifat akademik hasil daripada kajian-kajian atau bacaan umum yang tidak bersifat kepentingan peribadi.

“Bukan bertindak seperti seorang ‘cybertrooper’ dan ‘walaun’ yang memuat naik video yang telah dipotong dan seterusnya membuat kenyataan provokasi kepada pihak yang tidak sehaluan dengannya.

“Malang kepada masyarakat dan negara sekiranya ahli akademik yang sepatutnya memberikan penumpuan dan nilai tambah dalam mencorakkan pemikiran masyarakat terjebak dengan tindakan yang boleh membawa kepada perpecahan dan kekeliruan dalam minda masyarakat,” katanya merujuk kepada tuduhan dibuat Kamarul terhadap Aiman.

Post a comment

0 Comments