Sidang sehari bukti PN takut - Mat Sabu


SIDANG Dewan Rakyat yang akan berlangsung hanya 1 hari minggu depan memberi gambaran gabungan Perikatan Nasional (PN) takut dengan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin.

Presiden Amanah Mohamad Sabu melalui satu kenyataan berkata,  langkah itu telah dijangka.

Tindakan itu tambah bekas Menteri Pertahanan itu telah mencerminkan tiada kewibawaan dan sikap demokrasi dalam kerajaan dipimpin PN.

“Semestinya kita menjangkakan mereka akan berselindung di sebalik alasan ‘sudah-sudahlah berpolitik’ walaupun mereka sendiri yang ghairah merampas dan mengagih kuasa semasa wabak Covid-19 menular,” katanya.

“Sekiranya Parlimen tidak dijadikan medan terbuka yang berkesan untuk menunjukkan sistem demokrasi dalam negara, adakah ini bermakna jalan raya bakal menjadi medan penentu selepas ini?

“Terang lagi bersuluh kerajaan PN kini bukan sahaja kerajaan pintu belakang tetapi juga kerajaan tanpa tulang belakang.” katanya.

Selepas ditangguhkan pada 9 Mac berikutan pertukaran kerajaan, Dewan Rakyat dijadualkan bersidang selama 15 hari bermula 18 Mei ini.

Namun, ahli Parlimen kemudian diberitahu Dewan Rakyat akan bersidang selama 1 hari pada 18 Mei dengan tiada perbahasan akan dijalankan.

Keputusan itu menyusul selepas  bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berusaha untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin .

 

Post a comment

0 Comments