Tinggal 1 kerusi, tapi Umno mimpi rampas Sabah


PARTI
Umno yang ditolak rakyat Sabah dalam Pilihan Raya Umum lalu disifatkan masih menyimpan mimpi mahu membentuk kerajaan negeri walaupun hanya menguasai satu kerusi Dewan Undangan Negeri

Ketua Wira Warisan Sabah, Datuk Mohd. Azis Jamman mendakwa Umno masih menyimpan hajat besar untuk membentuk kerajaan pintu belakang di Sabah. tambahnya Warisan menyedari tingkah laku para pemimpin Umno yang kini membeli wakil rakyat agar parti itu dapat membentuk sebuah kerajaan yang tidak demokratik.

Katanya, kenyataan Ketua Pemuda Umno Sabah, Abdul Aziz Julkarnain kononnya ramai Adun kerajaan tidak berpuas hati sehingga tidak hadir semasa sidang akhbar menyokong Ketua Menteri tempoh hari adalah sangat dangkal dan hanya cuba memainkan isu untuk mengelirukan rakyat.

“Cubaan yang baik untuk bermain isu, kami sebenarnya tahu mereka cuba memujuk Adun kami untuk buat seperti di Kedah serta Langkah Sheraton.

“Bagaimanapun kekuatan utama kami adalah keutuhan yang wujud dalam kalangan pemimpin, jangan terkejut kalau sebaliknya Adun mereka yang akan menyertai kita,” katanya dipetik laporan Borneo Today. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Wira Warisan, Mohd. Ismail Ayob turut menyelar mimpi pemimpin Umno di negeri itu.

Beliau turut membidas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Bung Mokhtar Radin yang menganggap seolah-olah lompat parti adalah perkara yang amat biasa berlaku di Sabah.

Kata Ismail, maruah dan integriti wakil rakyat Kerajaan Sabah bukanlah serendah seperti yang ditunjukkan oleh Bung.

“Bung mungkin terlupa apa yang Umno lakukan kepada Sabah selama ini, mengaut hasil bumi Sabah hanya untuk mengayakan pemimpin Umno sedangkan di seluruh negeri rakyat masih kelaparan dan dilanda kemiskinan.

“Rakyat Sabah tidak lupa semua itu, sebab itulah mereka menukar Kerajaan Sabah sebelum ini

“Jangan mimpilah semudah itu mahu rampas kerajaan negeri seperti begitu senang untuk Adun lompat parti sampai 17 orang. Wakil rakyat yang ada sekarang bersatu hati demi mencapai hak negeri ini,” tegasnya

Post a comment

0 Comments