Wanita maut kemalangan depan mata anak


SEORANG wanita maut didepan mata dua anaknya dalam kemalangan di jalan raya di hadapan Masjid Batang Merbau, di Tanah Merah semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu, Nurul Mohd Deraman, 32, meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh ketika membuat pusingan-U.

Dua  berusia 14 dan lima tahun yang membonceng motosikal itu turut mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Mat Yusoff berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Jeli ke Tanah Merah manakala kereta yang dipandu seorang wanita berusia 33 juga menuju ke arah yang sama.

"Siasatan awal mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai cuba membuat pusingan-U secara tiba-tiba.

Keadaan di tempat kejadian | Foto -Awani
"Akibat jarak yang terlalu dekat, pemandu kereta di belakangnya tidak sempat mengelak dan berlaku perlanggaran.

"Penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian badan dan kepala," katanya dipetik.

Katanya, mayat mangsa dihantar Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a comment

0 Comments