4413 nelayan Pulau Pinang terima bantuan K'jaan negeri


KERAJAAN Negeri Pulau Pinang dilapor berjaya menyelesaikan pengagihan pakej bantuan rakyat Pulau Pinang 2.0 kepada nelayan.

Exco Pertanian & industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Norlela Ariffin berkata, sebanyak RM1.76 juta telah diperuntukkan bagi tujuan itu dan seramai 4413 nelayan pesisir pantai telah menerima manfaat dari bantuan tersebut.

Agihan fasa pertama bantuan dalam bentuk one-off telah pun dilaksanakan pada 21 dan 22 Mei yang lalu kepada 3620 nelayan pesisir pantai di daerah Seberang Perai Utara dan juga sebelah Pulau.

Manakala bakinya agihan bantuan kewangan tersebut telah pun diserahkan kepada 793 nelayan pada Rabu dan Khamis.

Sebagai rekod, bantuan kepada para nelayan tersebut merupakan salah satu daripada 20 inisiatif yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri diperintah Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.

Ia sebahagian pakej bantuan rakyat Pulau Pinang 2.0 yang berjumlah RM 76 juta membabitkan bantuan kewangan kepada golongan yang paling terkesan termasuk industri berkaitan susulan pendemik koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia ketika ini.

Post a comment

0 Comments