5 sekawan nyaris dibaham harimau


LIMA
sekawan yang bekerja sebagai pencari damar nyaris dibaham seekor harimau.

Kejadian itu berlaku di hutan Tenggulun, Aceh Tamiang pada malam Khamis, lapor Tribunnews.

Ketua Polis Kanan Vokasional, Iptu Hendra Sukmana yang dipetik laporan itu  berkata insiden  berlaku ketika Roy Mansyah, 37, Ahyar Madani, 29, Edo Pratama, 28, Agung Prasetyo, 24, dan Edi Prawoto, 48.memasuki hutan berkenaan pada jam 12 tengah hari dengan menunggang motosikal.

Kumpulan pencari damar yang diselamatkan
Selesai mencari damar kira-kira jam 5.30 petag, mangsa berjalan kaki menuju ke kawasan parkir motosikal sebelum dikejutkan dengan kemunculan seekor harimau jantan.

"Harimau berkenaan berada sejauh 30 meter dan kesemua mangsa sempat bersembunyi namun binatang buas itu tetap menghampiri mereka.

"Mangsa bertindak membaling batu untuk halau harimau itu namun ia tidak berganjak sebelum mereka bertindak memanjat pokok untuk menyelamatkan diri," katanya.

Mangsa kemudian bertindak menghubungi ketua kampung untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

Penduduk bersama asukan keselamatan yang tiba di kawasan kejadian bertindak membakar mercun bagi menakutkan harimau tersebut.

"Harimau tersebut kemudian masuk semula hutan dan kesemua mangsa diselamatkan pada jam 8.30 malam," kata laporan itu.

Post a comment

0 Comments