AMK ulang pendirian mahu Anwar sebagai calon PM


SAYAP pemuda Parti Keadilan Rakyat (AMK) menegaskan bahawa mereka tetap menamakan Pengerusi Pakatan Harapan(HARAPAN) Sebagai calon Perdana Menteri.

Pendirian itu dinayatakan Setiausaha AMK, Ahmad Syukri Ab Razak seperti disiar sebuah portal susulan tindakan terbaru Dr Mahathir Mohammad menamakan Presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri jika gabungan itu berjaya kembali ke Putrajaya.

“AMK masih berpegang dengan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN sebelum ini, iaitu pilihan kita hanya Anwar sebagai perdana menteri,” tegasnya.

Syukri berkata, AMK tidak boleh menghalang parti sekutunya, iaitu Amanah dan DAP daripada menyokong pencaturan terbaharu Mahathir, namun mereka tegasnya perlu mengutamakan keputusan HARAPAN.

“Kita tak boleh halang Amanah dan DAP untuk buat percaturan mereka. Namun kita mengharapkan DAP dan Amanah akan mengutamakan keputusan dan pendirian di peringkat Pakatan Harapan,” katanya.

Mahathir baru-baru ini membuat pengumuman mengejutkan apabila mencadangkan Shafie, Presiden sebuah parti di Sabah sebagai Perdana Menteri, percaturan terbaru Mahathir itu susulan percubaan terbaharunya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga ditolak KEADILAN.

Beberapa penganalisis politik sebelum ini memberi pandangan, Anwar, yang pada awalnya dinamakan sebagai calon tunggal Perdana Menteri adalah lebih relaven menerajui negara berbanding Mahathir.

Mereka bersependapat bahawa tindakan KEADILAN menolak Mahathir sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga adalah keputusan tepat untuk negara.


Post a comment

0 Comments