Anak ayam jadi korban reban terbakar


DIANGGARKAN sebanyak 15,000 ekor anak ayam rentung dalam kebakaran reban ayam di Sungai Petani semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain yang dipetik laporan sebuah media berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.55 petang tadi.

Susulan itu seramai 15 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu dan BBP Aman Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran membabitkan satu deretan reban ayam kelas C berkeluasan lebih 222 meter persegi sedang marak terbakar.

"Kemusnahan hampir 100 peratus termasuk 15,000 ekor anak ayam turut rentung," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Mohamadul Ehsan, beliau dimaklumkan anak ayam terbabit difahamkan baharu saja dibawa masuk ke ladang berkenaan, pagi tadi.

Punca kejadian dan jumlah kerugian jelasnya masih dalam siasatan.
 

Post a comment

0 Comments