Anwar gesa bahas 'Penjana' dalam Parlimen



PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diumumkan PN dibentang di Parlimen,.

Anwar yang merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia berkata sebagai negara demokrasi, langkah jangka pendek yang seakan-akan belanjawan tahunan itu perlu dibahas kerana membabitkan peruntukan kewangan yang besar.

Rakyat tegasnya berhak tahu kemana wang itu bakal dibelanjakan dan daripada mana sumber bantuan itu akan digunakan.

“Kalau kita bersikap rendah hati, tawaduk kita akan tahu benda ini perlu dibahaskan. Jika tak (bahas) rakyat tidak tahu…bantuan ini bagus.

“Yang penting tahap pelaksanaannya umpama mana sumber kita dapat. Memang kita kena berbelanja tapi dari mana (sumber)?

“Supaya tak ada kebocoran, ketirisan dan dirompak…apakah sampai kumpulan sasar? Ini perlu dibahas atau dibuka meluas,”kata Ahli Parlimen Malaysia itu melalui siaran langsung di Facebook.

Muhyiddin Yassin pada 5 Jun lalu mengumumkan Penjana bernilai RM35 bilion, dengan RM 10 bilion merupakan suntikan fiskal langsung daripada kerajaan.


Terdahulu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyuarakan kebimbangan berhubung isu ketelusan pengagihan pakej tersebut.

Setiausaha Agong MTUC, J Solomon membangkitkan persoalan apakah pelan yang bakal diguna pakai pentadbiran Muhyiddin untuk memastikan syarikat yang mendapat faedah Penjana akan membantu pekerja dengan betul.

Susulan itu, kesatuan yang memperjuangkan hak pekerja itu tutut menggesa pelan tersebut dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibincangkan.

Post a comment

0 Comments