Asap dalam kabin, pesawat MASwings patah balik


SEBUAH
pesawat ATR milik MASwings yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Miri ke Labuan petang ini terpaksa berpatah balik setelah asap keluar dari kabin pesawat petang semalam.

Difahamkan, ketika kejadian pesawat jenis ringan itu membawa 25 penumpang dan empat kru.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak yang dipetik laporan Bernama berkata maklumat diterima daripada pihak bomba lapangan terbang memaklumkan juruterbang telah menghubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Miri memaklumkan kejadian tersebut.

Susulan itu, pasukan Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dengan kekuatan tujuh anggota dan dua jentera digerakkan untuk bersiap sedia di kawasan landasan sebaik saja panggilan kejadian diterima.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri dengan  satu jentera turut digerakkan bagi membantu.

"Kapal terbang berlepas dari Miri ke Labuan pada 4.05 petang dan telah berpatah balik dan selamat mendarat pada jam pada 4.24 petang. Semua penumpang dan kru selamat," katanya.

Pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Miri telah mengesahkan tiada kebakaran berlaku tetapi penerbangan pesawat tersebut telah dibatalkan.
 

Post a comment

0 Comments