Covid-19: 33 kes baru, 1 kematian dilaporkan


KETUA
Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham  dalam sidang media di Putrajaya siang tadi berkata, daripada jumlah itu 17 adalah kes penularan dalam negara.

"Daripada 17 kes penularan di dalam negara, 14 kes adalah bukanwarganegara dan tiga kes adalah di kalangan warganegara Malaysia," jelasnya.

Dengan perkembangan itu, Malaysia kini mencatatkan 8,402 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, daripada tiga penularan tempatan, satu kes direkodkan di Kuala Lumpur dan dikaitkan dengan satu lagi kluster di tahfiz di Selangor.

Satu lagi kes pula melibatkan seorang individu yang merupakan kontak rapat dengan mangsa yang ditemukan meninggal dunia semalam.

Sejumlah 103 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya  sebanyak 7,168 kes atau 85.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga kini, kata Dr Noor Hisham terdapat 1,115 individu sedang dirawat dengan "empat kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

"Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 119 kes (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," kata beliau pada sidang media berkenaan.
 

Post a comment

0 Comments