Covid-19: Cuma 3 kes baru dilaporkan, 16 pesakit pulih


MALAYSIA mencatatkan tiga kes baru berkaitan wabak Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah daripada 3 kes baru yang dilaporkan, 1 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan warganegara Malaysia.

Manakala, kedua-dua kes penularan dalam negara juga adalah dalam kalangan rakyat negara ini.

“1 adalah kes saringan pra-prosedur bagi rawatan penyakit barah darah yang berlaku di Selangor, dan1 kes lagi saringan di tempat kerja, iaitu di sebuah pasar di Sandakan, Sabah,” katanya.

Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 yang direkodkan di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 8,637 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan dalam dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 16 kes disahkan pulih dan dibenarkan discaj hari ini. Jumlah kematian kekal 121 orang susulan tiada kematian dilaporkan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan kes kebolehjangkitan Covid-19 adalah 182 kes dan sudah diasingkan serta diberi rawatan.

Daripada jumlah itu, 4 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 1 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Post a comment

0 Comments