Covid-19: Jumlah kes pulih meningkat 93.8 peratus


SERAMAI 127 pesakit Covid-19 telah pulih dan dibenarkan pulang hari ini lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Perkembangan terkini itu menjadikan menjadikan jumlah pesakit pulih dari wabak itu kini seramai 8,000 orang atau 93.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Manakala Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 14 kes baru setakat pukul 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kes sebanyak 8,529 kes.

Manakala angka korban Covid-19 kekal 121 kes iaitu 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 408 kes," kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Mengulas 14 kes baru yang dilapor hari ini, Dr Noor Hisham memaklumkan  tiga adalah membabitkan kes import melibatkan dua warga Malaysia seorang warga asing berstatus penduduk tetap.

Daripada 11 kesyang di kategorikan penularan tempatan pula, tujuh melibatkan warga asing dan empat warga tempatan, katanya lagi.

Buat ketika ini jelasnya, empat pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan tiada lagi yang memerlukan bantuan pernafasan.

Post a comment

0 Comments