Covid-19: Jumlah pesakit dirawat menurut 344 orang


KEMENTERIAN
Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat pertambahan enam kes baru Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terkini itu menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 8,535 orang sehingga kini.

“Daripada 6 kes baru yang dilaporkan, 2 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 1 warganegara Malaysia dan 1 bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap,” katanya pada sidang media hari ini.

Empat kes penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia iaitu 1 di Kuala Lumpur (kes saringan pusat tahfiz), 1 di Selangor (kontak rapat kepada kes 8513), 1 di Negeri Sembilan, dan 1 di Sarawak (kluster Kidurong).

Sementara itu, Dr Noor Hisham mengumumkan 70 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 8,070 orang sehingga kini.

Beliau turut memaklumkan, tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini dengan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban kekal sebanyak 121 orang.

Seramai 344 pesakit dengan kebolehjangkitan sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 3 di unit rawatan rapi namun tiada yang memerlukan bantuan pernafasan.

Post a comment

0 Comments