Covid-19: Kes positif hampir cecah angka 10 juta


JUMLAH keseluruhan kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka 10 juta kes.

Data terkini oleh Johns Hopkins University setakat tengahari tadi mendedahkan sebanyak 9,984,111 kes telah direkodkan.

Manakala angka kematian dicatatkan setakat kini adalah 498,841 kes.

Amerika Syarikat (A.S) kini menjadi negara paling teruk terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Data sama dari Johns Hopkins merekodkan lebih 2.5 penduduk negara itu telah dikesan positiv wabak itu.

AS juga mencatatkan jumlah korban melepasi 125,000, iaitu kira-kira satu per empat daripada jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di seluruh dunia.

Pada Sabtu, Florida berdepan lonjakan kes baru apabila 9,585 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Peningkatan kes itu dipercayai berpunca dari langkah negeri itu melaksanakan pembukaan semula secara pantas menyaksikan orang muda membanjiri pantai.

Sementara itu, Brazil merupakan negara kedua terjejas teruk, setakat ini telah mencatatkan 1,313,667 kes positif Covid. Rusia berada di tempat ketiga dengan 626,779 kes dicatatkan.

Setakat tengahari tadi juga, sebanyak 5,053,230 kes diseluruh dunia dilapor pulih.

India catat setengah juta kes


India turut dilapor terjejas teruk dengan penularan wabak tersebut. Setakat Sabtu India mencatatkan lebih setengah juta kes dengan 15,685 kematian setakat Sabtu.

Maharashtra yang terletak di barat India mecatatkan kes tertinggi di negara itu apabila 152,765 kes dikesan, iaitu mewakili kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan kes di negara itu.

Ia diikuti ibu negara India, Delhi, dengan 77,240 kes, Tamil Nadu (74,622 kes) dan Gujarat (30,095 kes).

Penganalisis tempatan meramalkan angka itu akan mencapai kira-kira satu juta kes menjelang akhir bulan depan.

Sebagai rekod, India kini menduduki tempat keempat jumlah kes terbanyak jangkitan Covid-19 setakat ini

Post a comment

0 Comments