Covid-19: Malaysia catat 10 kes baru


MALAYSIA mencatatkan 10 kes baru berkaitan Covid-19, menjadikan jumlah terkumpul yang dicatatkan setakat Sabtu adalah sebanyak 8,616 kes kes.
 
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media petang tadi berkata 10 kes baru itu terdiri daripada empat kes import dan enam kes jangkitan tempatan.

Daripada empat kes kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, satu kes melibatkan seorang warganegara Malaysia, manakala tiga kes lagi membabitkan bukan warganegara yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.

Daripada enam kes penularan di dalam negara pula, empat kes adalah di kalangan warganegara dan dua kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Kesemua kes baru sudah diasingkan dan kini sedang menerima rawatan.

Sementara itu jelasnya, seramai 14 lagi dilapor sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih daripada wabak itu ialah 8,308.

Buat hari ke-13 berturut-turut, tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes.
 
Mengambil kira perkembangan semasa,  jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 187 kes.

Dua pesakit menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) , namun tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Post a comment

0 Comments