Covid-19: Penduduk Beijing bimbang penularan baru


PENDUDUK
di sebuah daerah di Beijing kini bimbang tercetusnya gelombang baru Covid-19.

Rauters dalam laporannya yang memetik pegawai daerah Chu Junwei berkata empat puluh lima orang daripada 517 yang diuji dengan teknik sapuan tekak di sebuah pasar borong utama di daerah Fengtai barat daya kota Beijing telah menunjukkan hasil positif Covid-19 namun tidak menunjukkan gejala jangkitan.

Tambah Chu, 11 kawasan kejiranan di sekitar pasar Xinfadi, yang dikatakan sebagai pasar borong pertanian terbesar di Asia, telah dipagar dengan kawalan 24 jam.

Sebelumnya, seluruh pasar Xinfadi ditutup pada pukul 3 pagi pada hari Sabtu setelah dua lelaki yang bekerja di sebuah pusat penyelidikan daging dilaporkan positif virus tersebut.  Bagaimanapun, tidak jelas bagaimana mereka dijangkiti.

Rauters turut melaporkan pihak berkuasa mengadakan kawalan dan menutu pintu masuk kepasar berkenaan.

"Selaras dengan prinsip mengutamakan keselamatan dan kesihatan orang ramai, kami telah menerapkan langkah-langkah penutupan untuk pasar Xinfadi dan kawasan sekitarnya," kata Chu.

Menurutnya, daerah itu kini seolah berada berada di bawah keadaan "darurat masa perang."

Beberapa penduduk Beijing, yang dipetik laporan itu bagaimanapun yakin pihak berkuasa dapat mengawal keadaan

Post a comment

0 Comments