Covid-19: Pesakit dirawat terus turun kepada 289 orang


KEMENTERIAN
Kesihatan (KKM) memaklumkan tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

Jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban setakat tengahari Sabtu kekal sebanyak 121 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan pihaknya mengesan 21 kes jangkitan baru menjadikan keseluruhan kes di Malaysia kini menjadi 8,556.

“Ingin dimaklumkan daripada 21 kes baru yang dilaporkan, 2 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 1 warganegara Malaysia dan 1 bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

“Daripada 19 kes penularan dalam negara, 7 kes adalah bukan warganegara, manakala 12 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham mengumumkan 76 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 8,146 orang sehingga kini.

Susulan perkembangan itu, baki 289 pesakit sedang dirawat dengan tiga dirawat di Unit Rawatan Rapi.

Bagaimanapun tiada daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Post a comment

0 Comments