DAP wajar sokong Anwar jadi PM - Ahli Akademik


TINDAKAN
beberapa pemimpin dalam DAP yang menyeru sekutu rapatnya sejak lebih 20 tahun lalu untuk bersetuju menyokong Tun Dr Mahathir untuk dilantik sekali lagi sebagai perdana menteri boleh menjejaskan sokongan terhadap parti itu.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi berkata, tindakan sebahagian pemimpin parti itu menolak Anwar akan akhirnya mendorong penyokong parti demokrasi itu mengubah sokongan dari DAP kepada KEADILAN.

Memetik laporan FMT, Awang Azman berkata, penyokong DAP yang terdiri dari sebahagian besarnya masyarakat berbangsa Cina merasa lebih selesa menyokong Anwar yang mengetuai parti berbilang kaum berbanding Mahathir, bekas pengerusi Bersatu.

“DAP sepatutnya bekerjasama dengan KEADILAN, sekutu lamanya, untuk membina pembangkang yang kuat daripada menyokong Mahathir

“Penyokong DAP lebih cenderung kepada wawasan Malaysia berbilang kaum, dan ini sesuatu yang orang ramai kaitkan dengan Anwar berbanding Mahathir, seorang nasionalis Melayu.

“Orang ramai akan tertanya kenapa DAP bersungguh-sungguh mahu Mahathir menjadi perdana menteri, seolah-olah tiada pilihan lain,” katanya menurut laporan itu.

Pandangan Awang Azman itu dilontarkan susulan isu dalaman Pakatan Harapan (HARAPAN) berhubung isu pencalonan perdana menteri yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Rabu lalu, seorang pemimpin DAP, Anthony Loke menggesa Anwar memutuskan sama ada mahu menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi digandingkan dengan Mahathir sekiranya gabungan itu mengambil semula Putrajaya dalam masa terdekat.

KEADILAN selepas satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat-nya semalam menegaskan untuk memegang konsensus awal HARAPAN yang mencalonkan Anwar sebagai perdana menteri dengan digandingkan bersama Mukhriz Mahathir.

Sementara itu Awang Azman melihat gesaan sebahagian pemimpin DAP agar KEADILAN menerima kembali Mahathir sebagai tidak mempertimbangkan sensetiviti dikalangan orang Melayu.

Orang Melayu jelasnya sukar menerima Mahathir sekali lagi sebagai perdana menteri setelah beliau meletakkan jawatan pada Februari walaupun bertentangan dengan kehendak Agong

“DAP tidak mempertimbangkan sensitiviti ini,” katanya.

Sementara itu, Profesor Dr Azmin Hassan daripada Universiti Teknologi Mara pula gabungan itu masih memerlukan Anwar dan KEADILAN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau turut mengakui tanpa KEADILAN, kerjasama politik antara beberapa buah parti yang dibentuk sejak 1999 bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) itu tidak mampu bertahan.

“Satu-satunya cara untuk selamatkan HARAPAN pada pilihan raya umum akan datang adalah KEADILAN dalam gabungan itu,” katanya.

Tambah Azmin, pendirian KEADILAN tidak sedia menerima Mahathir sebagai perdana menteri sekali lagi, walaupun untuk 6 bulan, boleh difahami kerana ahli politik itu keberatan untuk menyerahkan tampuk kepada Anwar semasa berkuasa.

Post a comment

0 Comments