Dua maut Nissan Fairlady terbabas


DUA
lelaki dilapor maut selepas kereta jenis Nissan Fairlady dinaiki mereka terlibat kemalangan di Lebuhraya Karak awal pagi semalam.

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe kereta dinaiki mangsa dari arah Genting Highlands menghala Plaza Tol Gombak itu telah hilang kawalan dan terbabas sebelum terbakar.

Menurut Arifai, akibat kemalangan itu pemandu tercampak keluar dari kereta manakala rakannya yang tersepit di tempat duduk penumpang rentung.

"Kedua-dua mangsa berusia 23 dan 29 tahun disahkan maut disebabkan kecederaan serius," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, pihak berkuasa polis kini menyiasat insiden itu dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian turut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Inspektor Mohd Shaifuddin di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan.
 

Post a comment

0 Comments