Guru maut dipanah petir ketika berperahu


SEORANG
guru maut yang mengajar di sebuah sekolah di Sarawak dilapor maut dipercayai dipanah petir.

Ketika kejadian, mangsa dikenali sebagai Alvin Chelen, 22, sedang dalam perjalanan dari sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Bungan Besar, Batang Igan dekat sini menuju ke Sungai Kut dengan menaiki perahu petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dalat DSP Saga Chunggat berkata seorang doktor dari Hospital Dalat mengesahkan Alvin mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat di panah petir.

Terdapat kesan terbakar juga dapat dilihat pada rambut dan baju guru berkenaan.

"Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.00 petang tadi tidak jauh dari Rumah Panjang Penguang semasa guru itu sedang dalam perjalanan balik dari sekolah menuju ke Sungai Kut, Dalat.

"Dia sedang mengemudi perahu panjang itu seorang diri semasa kejadian," kata Saga.

Beliau berkata ada dua orang saksi kejadian yang mengekori perahu itu menggunakan sebuah perahu lain kira-kira 25 meter di belakangnya, dan kejadian berlaku ketika hujan renyai.

"Menurut saksi, mereka dapat melihat panahan petir dari langit tiba-tiba menyambar guru itu sehingga menyebabkan dia rebah dalam perahunya," katanya.

Saksi-saksi itu kemudiannya menunda perahu berkenaan hingga ke jeti Sungai Kut sebelum menghubungi polis

Post a comment

0 Comments