Heret anak anjing, pengemis didenda RM25,000


KERANA tindakannya mengikat dan megheret seekor anak anjing, seorang pengemis dikenakan hukuman denda RM25,000.

Hakim mahkamah Kota Bharu menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Ibrahim Hamat, 51 setelah tertuduh mengaku salah atas pertuduhan dengan kejam menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap seekor anjing betina di Jalan Dato Pati pada jam 1.12 petang, 25 April lalu.

Ibrahim yang berasal dari Kuala Krai sebelumnya mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 29(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Dia merayu hukuman terhadapnya diringankan, namun dibantah Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, Mohd Sharif Sabran yang meminta mahkamah memberikan hukuman sebagai pengajaran kerana mangsa melibatkan seekor anjing yang baru berusia empat bulan.

Anjing tersebut kini dipelihara penyelamatnya
“Usianya masih kecil, tertuduh pula bertindak mengikat dan mengheretnya di atas jalan raya tanpa belas kasihan. Haiwan tersebut tidak boleh berkata-kata malah tidak membawa sebarang ancaman atau serangan kepada tertuduh mahupun orang lain,” katanya.

Tertuduh bagaimanapun didahamkan gagal menjelaskan denda itu dan perlu menjalani hukuman penjara selama empat bulan.

Sebelum ini tindakan Ibrahim tular di media sosial, perbuatan kejam itu dikecam hebat warganet.

Seorang wanita yang menyelamatkan haiwan berkenaan selepas membayar RM50 seperti yang diminta lelaki berkenaan.

Kini, anjing berkenaan kini dalam keadaan sihat dan difahamkan dijaga oleh wanita yang menyelamatkannya itu.

Post a comment

0 Comments