Isu kerusi: Tak pelik pemimpin Bersatu kembali ke Umno


RAMALAN
bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan bertahan lama bukan sekadar cakap kosong, pandangan itu disuarakan atas kelemahan gabungan itu sendiri.

Seorang pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini berkata, rakyat tetap akan beranggapan PN sebuah kerajaan yang didirikan tanpa mandat walaupun mereka cuba menyemai persepsi berjaya menangani Covid-19.

Kelemahan itu jelasnya akan menyebabkan rakyat menolak parti Bersatu pimpinan perdana menteri, Mujyiddin Yassin sekiranya Pilihan Raya diadakan.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (HARAPAN) itu turut menambah, Bersatu bukan dalam keadaan selesa terutama Umno sendiri menegaskan bahawa PN bukan keutamaan mereka berbanding kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional.

Pandangan Saifuddin turut dikongsi seorang penganalisis politik terkenal.

Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya juga berpandangan Umno akan lebih memilih untuk bekerjasama dengan PAS bagi mendapatkan kembali kuasa yang terlepas pada pilihan raya umum lalu.

“Umno tahu ia dapat lebih manfaat daripada Muafakat Nasional kerana ia memperkasa politik Melayu,” katanya.

Sebagai rekod, beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Hassan menggesa pilihan raya kilat diadakan.

Mohamad berkata, pembubaran parlimen perlu dilakukan segera bagi memastikan Kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang baik dan diyakini.

Sejak Merdeka Malaysia jelasnya tidak pernah berada dalam kedudukan politik yang sangat tidak stabil seperti mana sekarang.

Bagaimanapun  u
mum mengetahui, sekiranya PRU diadakan dalam masa terdekat, ia akan menyebabkan pertindihan kerusi antara Muafakat Nasional dengan Bersatu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahmansebelum ini secara terbuka mempelawa Muhyiddin kembali menyertai Umno agar tidak berlaku persaingan sesama sendiri pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Malah Exco Pemuda Bersatu (Armada), Muzammil Ismail ada mendedahkan bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pernah menawarkan Bersatu supaya kembali menyertai Umno.

Justeru kata Awang Azman, dengan kedudukan Bersatu yang hampir tidak pasti dapat bertahan, ia bukan perkara mengejutkan untuk melihat beberapa pemimpin parti itu akan berhijrah ke Umno sebelum pilihan raya umum ke-15.

Post a comment

0 Comments