Jangan sibuk hal HARAPAN, Azmin digesa fikir nasib sendiri


BEKAS
pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang berpaling tadah, Mohamed Azmin Ali agar tidak mencampuri urusan dalaman Pakatan Harapan (HARAPAN)

Sebaliknya, seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman berkata, ahli parlimen gombak itu sewajarnya memikirkan soal kedudukan beliau sebagai seorang wakil rakyat.

Melalui satu kenyataan, Syed Badli mengingatkan Azmin bahawa pengundi terutama di kawasan ditandinginya sebelum ini menunggu masa menolak beliau selepas mengkhianati  mandat diberikan di kawasan Parlimennya.

“Azmin seharusnya mengosongkan kerusi Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa seterusnya memulangkan kerusi ini kepada rakyat.

“Kelihatan parti-parti politik termasuk Umno menyedari yang Azmin telah mengkhianati mandat rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmin dianggap pendukung parti KEADILAN sebagai individu yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan HARAPAN dalam krisis politik akhir Febuari lalu.

Azmin yang bertindak mengumumkan keluar parti bersama beberapa pengikutnya telah menyebabkan keadaan tidak stabil dalam pentadbiran HARAPAN ketika itu yang disusuli peletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Peluang tersebut diambil beberapa pemimpin HARAPAN yang keluar dari gabungan itu dengan kerjasama antara PAS dan Umno serta beberapa ahli parlimen parti lain untuk mendirikan kerajaan walaupun tanpa mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya lalu.

Sementara ketika mengulas pandangannya tentang nasib Azmin, Syed Badli  mendakwa, semua parti politik tidak akan membuka pintu sewenang-wenangnya buat Azmin dan sekutunya.

Jelas Syed Badli ini kerana parti politik tersebut juga akan merasa berisiko untuk dikhianati.

Post a comment

0 Comments