Kadar penggangguran djangka meningkat 266%


SEORANG
ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) tampil menyuarakan rasa bimbang akan situasi pengangguran yang bakal dihadapi rakyat negara ini.

Dr. Ong Kian Ming dalam kenyataan menjangkakan angka pengangguran bagi tahun ini mungkin melepasi anggaran Bank Negara sebanyak 4% berdasarkan risiko pengganguran di lima sektor ditambah jumlah 600,000 jumlah sedia ada setakat Mac 2020.
                                      
“Jumlah keseluruhan tenaga kerja setakat Mac 2020 adalah 15.8 juta. Dengan anggaran 2.3 juta penganggur, kita mungkin mencapai kadar pengangguran 14% pada puncak krisis ekonomi ini.” tegasnya.

Penolong pengarah pendidikan politik DAP itu turut berkata, berdasarkan data dari Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dari Januari hingga April, jumlah kehilangan pekerjaan meningkat sebanyak 156.5% daripada 14,561 pekerjaan ke 37,347 dalam tempoh sama tahun lalu.

“Apa yang lebih membimbangkan adalah unjuran pusat EIS bahawa jumlah kehilangan pekerjaan akan meningkat daripada 40,084 pada 2019 kepada 106,700 pada 2020, atau peningkatan sebanyak 266%.

"Sekiranya pengangguran diunjurkan meningkat sebanyak 2.5 kali kadar pengangguran boleh mencecah 8.4% pada 2020," tambahnya.

Justeru Ong berkata kehilangan pekerjaan dan penutupan perniagaan dapat dicegah sekiranya Malaysia meluluskan rang undang-undang penyelamat Covid-19 sebelum perintah kawalan pergerakan seperti dilakukan Singapura, yang menyediakan langkah penyelamat sementara bagi ketidakmampuan memenuhi beberapa kewajiban kontrak.

Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan harus memberi tumpuan menghidupkan kembali sektor terjejas, dan meningkatkan bantuan kepada perniagaan dan individu melebihi apa yang telah diumumkan.

“Sekiranya angka kehilangan pekerjaan tidak dipandang serius, tindakan lanjut yang diambil kerajaan mungkin terlambat dan peningkatan pengangguran antara 8% dan 14% akan membawa implikasi sosial dan ekonomi yang serius.” tambahnya.

Sebelum ini, Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar menggesa Putrajaya memandang serius isu pengangguran yang dijangka bakal menjadi parah.

BACA
: Anwar mahu PN fikir cara elak 'malapetaka' pengangguran

Tegasnya  masalah pengangguran bukan sahaja memberi kesan pada individu tetapi juga mendatangkan impak pada institusi kekeluargaan.

Post a comment

0 Comments