KEADILAN ambil sikap berhati-hati


KEADILAN menasihatkan penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) supaya berhati-hati terhadap usaha memecahbelahkan gabungan politik itu.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, walaupun KEADILAN bersedia meneliti semula isu calon perdana menteri Pakatan Harapan mereka bagaimanapun akan mengambil sikap berhati-hatu. 


Tambahnya, sebarang  k
eputusan berkaitan calon perdana menteri perlu diputuskan oleh Majlis Presiden gabungan itu.

"Sebarang cadangan baru tidak harus dijadikan mainan politik mana-mana tokoh, susulan kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang bersetuju menamakan presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri gabungan pembangkang.

“Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN mengadakan mesyuarat bulanan dan membincangkan beberapa perkara, termasuk pendirian parti dalam isu calon perdana menteri, mandat rakyat dan persediaan bagi pilihan raya umum ke-15.

“Walaupun kita sudah menyatakan pendirian dalam isu calon perdana menteri sebelum ini, PKR sedia berbincang, namun sebarang keputusan di peringkat HARAPAN perlu diputuskan Majlis Presiden,” katanya dalam kenyataan.
 
Saifuddin berkata demikian selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya semalam.

Pengumuman Mahathir

Mahathir baru-baru ini mengumumkan cadangan supaya Shafie dinamakan sebagai calon perdana menteri. bekas Perdana Menteri itu mendakwa cadangan terbaharu itu dipersetujui  kumpulannya bersama-sama DAP, Amanah dan Warisan dalam satu pertemuan.

Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata dalam satu kenyataan bersama berkata, pertemuan itu bagaimanapun merupakan pertemuan tidak rasmi dan ia  perlu dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk diputuskan secara bersama.

Sementara itu, Saifuddin dalam kenyataan MPP berkata, KEADILAN berpendapat bahawa kerjasama dalam HARAPAN harus diperkukuhkan. Mandat rakyat tegas parti itu perlu dipulihkan tetapi HARAPAN perlu bersiap sedia sekiranya berlaku pilihan raya umum mengejut.

"Pada masa yang sama, kami mengingatkan agar semua pihak sentiasa berwaspada dan jangan terperangkap dengan sebarang usaha atau langkah yang direncana untuk melagakan parti-parti di dalam Pakatan Harapan, seperti mana yang pernah dilakukan terhadap KEADILAN sebelum ini," katanya lagi.

"KEADILAN dan HARAPAN akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya Pilihanraya Umum ke-15 lebih awal dari 2023," jelas Saifuddin.

Sebelum ini, seorang ahli akademik menyelar tindakan terburu-buru Mahathir mengumumkan pilihan ketiga calon Perdana Menteri itu, Prof Rusdi Omar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata,  Mahathir seharusnya berbincang dahulu cadangan itu dalam mesyuarat bersama HARAPAN sebelum membuat pengumuman.

“Tun (Mahathir) tak boleh nak guna kuasa veto untuk buat keputusan….Jadi langkah Tun buat keputusan ikut cara dia bagi saya kurang bijak kerana ia mengeruhkan lagi hubungannya dengan PH,” katanya.

Post a comment

0 Comments