Kerajaan DAP kurangkan harga Rumah Mampu Milik


SEBAGAI
sebahagian usaha merangsang semula ekonomi negeri susulan pendemik Covid-19, Kerajaan  Pakatan Harapan (HARAPAN) Pulau Pinang mengumumkan pengurangan harga siling Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo berkata, pengurangan harga sebanyak 10 peratus itu berkuatkuasa untuk tempoh setahun.

Selain merancakkan semula ekonomi terutama dalam sektor hartanah, dasar baru itu juga bertujuan memberi peluang kepada pembeli pertama RMM untuk memiliki unit kediaman mereka.

“Kerajaan negeri amat berharap dasar baru yang dilaksanakan ini mampu untuk menjana ekonomi untuk bangkit semula serta projek-projek baru termasuk yang belum lagi mendapat lesen permit pengiklanan untuk dijual kepada rakyat.

” Dasar baru yang diumumkan ini telah pun mendapat maklum balas dari pelbagai persatuan termasuklah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Swasta, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang serta beberapa buah lagi pemegang taruh dikalangan rakyat negeri ini.

“Kerajaan negeri perlu merangsang sektor perumahan ini kerana apabila sektor hartanah ini kembali aktif semula, sudah pasti ia akan membawa manfaat dan impak yang besar kepada 140 sektor lain bagi ekonomi negeri ini,” tambah ADUN Datuk Keramat itu dipetik.

Difahamkan, selepas pengurangan harga siling itu seunit rumah yang berharga antara RM150, 000 hingga RM 300,000 akan berada pada harga antara RM135,000 hingga RM270,000.

Manakala bagi RMM di kawasan Seberang Perai pula harga seunit rumah antara RM150, 000 hingga RM250, 000 akan berkurangan antara harga RM135, 000 hingga RM225, 000.

Sejajar dengan itu ujar beliau, kerajaan Pakatan Harapan negeri Pulau Pinang akan terus mengekalkan harga rumah kos rendah dan sederhana rendah pada harga siling RM42, 000 dan RM72,500 berbanding dengan beberapa buah negeri lain yang turut meningkatkan harga antara RM60, 000 dan RM100, 000.

Post a comment

0 Comments