Kes positif Covid-19 kini mencecah 9.4 juta


PUSAT
pengajian tinggi penyelidikan, Johns Hopkins University memaklumkan dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 100,000 kes jangkitan baharu menjadikan kes positif Koronavirus (Covid-19) kini menghampiri angka 6.4 juta.

Menurut statistik dikeluarkan Universiti itu, ketika ini jumlah kes dilaporkan adalah sebanyak 6.39 juta, dengan Amerika Syarikat (AS) mendahului kes jangkitan dengan catatan menghampiri 1.85 juta.

Manakala Brazil menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif positif jangkitan setengah juta kes manakala Rusia ketiga dengan melebihi 400,000 kes.

Sementara itu menurut Johns Hopkins, angka kematian akibat pendemik itu juga terus meningkat.

Statistik dari Johns Hopkins University menunjukkan jumlah korban akibat pandemik itu di seluruh dunia mencatatkan kenaikan 4,000 kes dalam tempoh 24 jam sehingga pagi menjadikan kumulatif kematian melepasi 383,000 kes.

Amerika Syarikat mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 107,000 kes.

Manakala Brazil pagi ini menyertai United Kingdom dan Itali apabila mempunyai angka korban COVID-19 melebihi 30,000.

Perancis dan Sepanyol merekodkan jumlah korban lebih 20,000 dengan masing-masing mencatatkan 29,000 dan 27,000 kes sementara Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 11,000 kes.

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif bagi kes pesakit yang telah sembuh apabila sebanyak 2.76 juta pesakit dibenarkan discaj.

Data dari laman tersebut juga menunjukkan jumlah kes harian Covid-19 meningkat sepanjang Mei.

Post a comment

0 Comments