Lexus: Pemuda HARAPAN sifatkan MB Perak hipokrit


MENTERI BESAR Perak, Ahmad Faizal Azumu dibidas susulan pembelian kereta sedan mewah baru sebagai kereta rasmi baru untuk kegunaanya.

Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) Perak dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu jelas menunjukkan sifat hipokrit Faizal di sebalik imej berbeza yang cuba ditonjolkannya.

"(Ini) menunjukkan sikapnya yang hipokrit dan tidak sensitif terhadap keadaan rakyat yang berdepan cabaran dan kesukaran dalam aspek ekonomi ekoran wabak Covid-19.

"Sikap hipokritnya kian terlihat mutakhir ini, walaupun dia cuba menunjukkan imej 'cool', tetapi di sebaliknya dia sentiasa membuat keputusan dan mengambil tindakan yang memberi manfaat kepada dirinya sendiri," kata mereka.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hasim, Ketua Pemuda DAP Perak Chaw Kam Foon dan Ketua Pemuda KEADILAN Perak Mohamad Hairul Amir Sabri.

Semalam, Media melaporkan bahawa Faizal dilihat menggunakan kenderaan rasmi baru jenis Lexus ES.

Kereta dengan kapasiti enjin 2.5L ini dibuat di Jepun dengan harga pasarannya bermula dari RM300,000 yang
menurutnya dibeli kerajaan negeri pada harga sekitar RM200,000.

Keputusan memberi kenderaan rasmi baru itu jelas Faizal terpaksa dibuat kerana salah satu daripada 16 Toyota Camry milik kerajaan negeri telah dijual kepada bekas penasihat undang-undang negeri Rohana Abd Malek, yang bersara pada bulan Disember lalu.

Bagaimanapun, Pemuda HARAPAN Perak mempersoalkan sama ada kereta yang dijual itu merupakan kenderaan yang diperuntukkan kepada Rohana atau yang digunakan Faizal.

"Jika ia kereta yang digunakan pegawai itu, maka kereta ganti sepatutnya pada kadar harga yang sama dengan harga asal (Camry).

"Mengapa Faizal yang mendapat kereta baru, yang lebih mahal daripada Camry yang digunakan pegawai eksekutif dan exco?" soal.

Tambah mereka keputusan tersebut jelas menunjukkan Faizal tidak sepatutnya berlaku ketika ribuan penduduk negeri itu telah hilang sumber pendapatan dan kerja susulan pendemik baru-baru ini.

Sebagai rekod, tahun lalu Faizal turut mengundang kecaman apabila mencadangkan kereta Proton Perdana yang dijadikan kenderaan rasmi pada masa itu ditukar dengan Toyota Camry.

Post a comment

0 Comments