Mahathir dilapor akan bertemu Anwar petang ini


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan mengadakan pertemuan tertutup petang ini.

Pertemuan dijangka kedua-dua tokoh pemimpin berpengaruh itu difahamkan bagi memuktamadkan usaha HARAPAN mengambil alih kerajaan yang kini diterajui Perikatan Nasional (PN).

Seorang sumber gabungan itu memberitahu, selepas pertemuan tertutup itu, kedua-dua mereka  akan menyertai mesyuarat HARAPAN di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Petaling Jaya.

Presiden parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipercayai turut akan menyertai mesyuarat tersebut.

"Mahathir dan Anwar akan mengadakan pertemuan berdua terlebih dahulu sebelum keduanya menyertai mesyuarat Pakatan Harapan pukul 3 petang nanti.

"Kemungkinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan turut menyertai mesyuarat Pakatan Harapan itu nanti," kata sumber tersebut.

Sebelum ini timbul spekulasi bahawa HARAPAN cuba untuk mengambil alih semula negara.

Pertemuan petang ini dipercayai bagi menyelesaikan isu tentang siapa akan menjadi Perdana Menteri sekiranya gabungan itu kembali membentuk kerajaan.

Post a comment

0 Comments