Mahkamah tetap 30 Julai dengar saman Parlimen sehari


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur dilapor menetapkan 30 Julai ini untuk mendengar kes saman difailkan dua individu yang mencabar kesahan sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.

Tarikh itu susulan pengurusan kes tersebut di depan Hakim Nordin Hassan semalam, kata peguam T Gunaseelan.

Tambah peguam yang mewakili palntif, peguam R Kengadharan dan aktivis sosial D Arumugam itu lagi, beliau sudah menyerahkan kepada mahkamah kertas mengenai defendan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusoff pada 21 Mei lalu.

“Kami memaklumkan hakim yang kertas itu diserahkan melalui pos berdaftar memandangkan peraturan mahkamah membenarkannya,” katanya dipetik.

Terdahulu pada 18 Mei, Kengadharan dan Arumugam memfailkan saman pemula terhadap  dua defenden tersebut. 


Mereka memohon perisytiharan  notis dikeluarkan kepada ahli Parlimen pada 13 Mei lalu bertentangan Perlembagaan Persekutuan dan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Tambah mereka, orang ramai tahu pembangkang berhasrat membentangkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin, dan sidang sehari itu tidak dapat memenuhi syarat Perlembagaan untuk membincangkan perkara penting selain ucapan Agong.

Sementara itu, Hakim Nordin difahamkan telah mengeluarkan perintah agar Muhyiddin dan Ariff memfailkan afidavit mereka sebagai balasan kepada plaintif menjelang 22 Jun ini.

Nordin turut dilapor ada mengarahkan pihak terbabit memfailkan penghujahan bertulis mereka pada 20 Julai sebelum mendengar penghujahan lisan pada 30 Julai.

Post a comment

0 Comments