Malaysia catat 18 kes baru Covid-19


MALAYSIA
mencatatkan 18 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 10 kes disahkan pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata  daripada 18 kes baru hari ini, 4 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan melibatkan 3 warganegara Malaysia serta seorang bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke dalam negara atas urusan kerja.

Manakala itu, daripada 14 kes penularan dalam negara, kesemua kes melibatkan bukan warganegara Malaysia.

“Kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara terdiri daripada 9 kes saringan ulangan bagi kluster Pedas di Negeri Sembilan dan 2 kes saringan kluster Depot Tahanan Imigresen Sepang, Selangor.

“Dua kes saringan, iaitu 1 saringan ke atas banduan sebelum dibebaskan dari penjara dan 1 kes “severe respiratory acute infection” dari klinik kesihatan ke hospital di Sabah.

“Manakala di Kuala Lumpur, 1 kes saringan masuk kerja di tapak pembinaan,” katanya.

Dengan perkembangan terkini itu, Malaysia mencatatkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 8,634 kes.

Sementara seramai 10 pesakit lagi telah sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah pesakit sembuh kepada 8,318 orang atau 96.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Setakat ini menurut Dr Noor Hisham, seramai 195 orang masih dalam rawatan dengan dua daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi. Tiada kematian baru dilaporkan hari ini.

Post a comment

0 Comments