Malaysia catat kadar penyembuhan 96.4 peratus


MALAYSIA
mencatatkan enam kes baru berkaitan koronavirus (Covid-19) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah enam kes baru itu terdiri daripada lima kes import dan hanya satu kes jangkitan tempatan.

Daripada lima kes import, empat melibatkan warganegara Malaysia dan seorang merupakan bukan warganegara yang dibenarkan masuk atas urusan kerja.

Empat daripada lima kes itu import jelasnya melibatkan warganegara Malaysia. Manakala 1 kes merupakan bukan warganegara yang dibenarkan masuk atas urusan kerja.

Kes jangkitan tempatan pula melibatkan warganegara Malaysia yang dikesan melalui saringan di tempat kerja.

Dengan perkembangan terbaru itu, Malaysia kini mencatatkan jumlah terkumpul yang dicatatkan adalah sebanyak 8,231 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan 23 lagi pesakit sembuh, Justeru jumlah pesakit yang pulih dari jangkitan wabak itu setakat kini adalah 8,294 atau 96.4 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.

Dengan semua perkembangan terbaru itu, jumlah  kes aktif Covid-19 di Malaysia ialah 191 kes dengan dua pesakit  dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.


Selain itu, Noor Hisham berkata kadar penyembuhan kes Covid-19 di Malaysia (iaitu 96.4 peratus) adalah di antara yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN. kadar kematian akibat Covid-19 di Malaysia juga merupakan di antara yang paling rendah di seluruh dunia iaitu pada kadar 1.41 peratus (121 kes).

Malaysia tidak mencatatkan rekod kematian akibat wabak itu sejak 12 hari lalu.

 

Post a comment

0 Comments