MTEM dakwa PN belum ada plan konkrit ekonomi Melayu


MASIH belum ada tindakan konkrit daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi mengangkat ekonomi Melayu dan Bumiputera, kata Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Yazid Othman berkata, walaupun MTEM menghargai usaha menangani Covid-19, namun mereka tidak melihat ada usaha jelas bagaimana pentadbiran Muhyiddin Yassin mahu menangani isu yang membantutkan pembangunan ekonomi Melayu dan Bumiputera

"Seperti biasa dan belum ada tindakan konkrit oleh kerajaan ini.

"Demi kelestarian negara, usaha agenda bumiputera perlu terus diperjuangkan untuk pastikan kemakmuran dan pembangunan dikecapi bersama secara saksama dan adil.

"MTEM ingin menyatakan kesan wabak ini, dan kelembapan ekonomi yang menyusul akan mengakibatkan jurang pendapatan dan kekayaan antara yang kaya dan miskin semakin bertambah. Orang melayu dan Bumiputera yang akan paling terkesan.

"Oleh itu kita menyarankan kerajaan PN untuk berani bertindak segera supaya keadaan ini tidak berlarutan," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ahmad Yazis menegaskan bahawa selepas lebih tahun 50 tahun dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kedudukan ekonomi bumiputera masih belum boleh dibanggakan atau menjadi seperti yang diharapkan.

Kebanyakkan masyarakat Bumiputera di negara ini jelasnya hanya mampu menjadi golongan pekerja dan bukan majikan atau penjana pekerjaan seperti diharapkan.

"Kita menuntut kerajaan untuk mempunyai semangat dan keberanian untuk benar-benar memperjuangkan agenda ekonomi Melayu dan Bumiputra seperti tahun 70-an," katanya.

Post a comment

0 Comments