Pelakon 'Bilbo Baggins' meninggal dunia


PELAKON yang membawa watak Bilbo Baggins dalam filem Lord of the Rings, Sir Ian Holm dilapor telah meninggal dunia pada Jumaat.

Pengumuman pemergian aktor kelahiran London itu diumumkan ejennya, semalam, lapor agensi.

"Dengan dukacitanya, kami mengesahkan pelakon, Sir Ian Holm CBE, sudah meninggal dunia pada usia 88 tahun.

"Beliau seorang yang baik, mesra dan berbakat besar. Kami akan sangat merinduinya," katanya," kata ejennya, Alex Irwin

Difahamkan, Ian menghembuskan nafas terakhir sebuah hospital di London. Bagaimanapun, punca kematian tidak dinyatakan, namun dipercayai berkaitan penyakit parkinson.

Ian dilahirkan pada tahun 1931 dan memulakan karier lakonan sejak tahun 1957. Mendiang bertapak di pentas teater sebelum muncul di layar perak.

Mendiang pernah menerima trofi Pelakon Terbaik pada Anugerah Tony 1967 melalui pementasan, The Homecoming dengan memegang watak Lenny.

Ian yang terkenal dengan Syarikat Royal Shaksepeare,

Mendiang pernah memenangi Anugerah Laurence Olivier Award bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik selepas memberi persembahan memukau dalam naskhah, King Lear pada 1998 selain pernah memenangi trofi British Academy Film Award (BAFTA).

Filem lain yang pernah dilakonkan adalah The Fifth Element, Alien, The Sweet Hereafter, Time Bandits, The Hobbit dan siri trilogi, The Lord of the Rings.

Post a comment

0 Comments