Penduduk Yan jumpa mayat ditebing sungai


PENDUDUK
di Yan, Kedah gempar dengan penemuan mayat seorang lelak di tebing sebuah sungai di Daerah itu hari ini.

Memetik laporan media, mangsa dikenali Ahmad Mubarik Othman, 18, ditemukan orang awam yang melalui kawasan tersebut di sisi skuter Yamaha Nouvo di tebing Sungai Yan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Motosikal mangsa | Foto- JBPM
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.29 pagi tadi.

Susulan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba Yan dikejarkan ke lokasi penemuan mayat itu pada jam 7.30 pagi.

Mohamadul Ehsan berkata pihaknya menyerahkan mayat mangsa kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Yan untuk bedah siasat.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa katanya dipercayai terbabas sebelum terjunam bersama motosikalnya ke dalam sungai.

Post a comment

0 Comments