Persatuan perubatan bantah sistem syif

 
CADANGAN
pelaksanaan sistem syif baru di klinik kerajaan oleh Kementerian Kesihatan dibantah.

Persatuan berkaitan perubatan melalui satu kenyataan berkata, apa-apa keputusan melibatkan petugas perlu diberi perhatian yang serius kerana mereka merupakan tonggak dan penyumbang utama ke arah kejayaan perancangan organisasi.

Kenyataan itu dikeluarkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Persatuan Farmasi Malaysia, Persatuan Jururawat Malaysia, Kesatuan Jururawat Malaysia, dan Kesatuan Pemandu-pemandu Kementerian Kesihatan Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr N Ganabaskaran berkata, 92 peratus daripada 9,320 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari pelbagai kategori didapati tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem syif baharu itu.

Rata-rata kakitangan tegasnya telah menyatakan pihak KKM seharusnya menangani masalah kekurangan staf dan keperluan infrastruktur terlebih dahulu sebelum melaksanakan sistem tersebut.
 
"Dalam tinjauan lain yang dilakukan secara dalam talian oleh Kesihatan Awam Malaysia (Public Health Malaysia), 63 peratus daripada responden memilih untuk menentang pelaksanaan sistem ini," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun menurut responden, mereka beranggapan sistem syif hanya akan berfungsi sekiranya kerajaan dapat menangani masalah kekurangan tenaga kerja dan isu keperluan infrastruktur.

Post a comment

0 Comments