PKPP: Pulau Pinang dan S'ngor akan perincikan SOP


KERAJAAN
Pulau Pinang akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri itu selepas satu mesyuarat mengenainya diadakan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ia memastikan pembukaan secara berperingkat sektor ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan keagamaan dapat mencapai tujuannya.

Tambah Chow, pihaknya akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Pulau Pinang pada Selasa ini berhubung ketetapan mengenai PKPP.

"Kerajaan Pulau Pinang mengambil maklum akan pelaksanaan PKPP yang diumumkan. Strategi ini sejajar dengan usaha mencapai keseimbangan antara kesihatan awam dengan kehidupan rakyat

"Kita akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Pulau Pinangbagi meneliti pelaksanaan PKPP dengan SOP sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut selepas mesyuarat berkaitan," katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, Selangor turut mengambil pendirian untuk meneliti serta menetapkan beberapa garis panduan yang bakal dilaksanakan sebelum membenarkan premis gunting rambut, salun dan pasar malam beroperasi semula di negeri itu.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata beliau akan berbincang dengan berkuasa tempatan (PBT) di Selangor untuk melihat bagaimana operasi premis perniagaan terbabit boleh dilaksanakan dengan selamat.

Tambahnya, garis panduan itu akan menumpukan kepada operasi melibatkan ramai orang seperti pasar malam.

Post a comment

0 Comments