Pulau Pinang perkenal kaedah bantu rakyat miliki rumah


KERAJAAN
Negeri Pulau Pinang berhasrat untuk kaedah pemilikan rumah melalui skim sewa beli di negeri itu.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Singh Deo berkata, langkah itu sebagai usaha membantu mereka yang berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.

Setakat 11 Jun lalu jelasnya, sebanyak 2, 474 unit perumahan  telah dikenalpasti untuk ditawarkan kepada mereka yang layak menerusi kaedah berkenaan.

“Seperti semua sedia maklum, Kerajaan Negeri menyasarkan penyediaan Rumah Mampu Milik (RMM) sebanyak 180,000 unit menjelang tahun 2030, di mana pada Januari lalu saya telah mengumumkan bahawa 10 peratus daripada jumlah ini iaitu 18,000 unit perlu dilaksanakan melalui skim sewa beli.

“Melalui mesyuarat SPEC, kita telah meluluskan tiga lagi projek iaitu masing-masingnya dua projek di Permatang Tok Suboh dan Rumah Pangsa Desa Wawasan (1) untuk dijadikan sebagai skim sewa beli," katanya pada sidang media di Komtar baru-baru ini.

Menurut Jagdeep surat tawaran untuk mereka yang layak bakal dikeluarkan pada Julai ini.

Dalam perkembangan berasingan, Jagdeep yang juga Pengerusi SPEC memaklumkan bahawa untuk menggalakkan penjualan unit rumah berharga RM300,000 ke atas, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menurunkan had harga siling yang dibenarkan kepada warga asing.

Bagaimanapun jelasnya keputusan ini sama sekali tidak menjejaskan kepentingan rakyat Pulau Pinang kerana unit RMM yang mahu ditawarkan kepada penduduk negeri itu masih mencukupi.

Post a comment

0 Comments