Remaja lelaki lemas di Sungai Sendat


SEORANG 
remaja lelaki ditemui lemas di kawasan rekreasi Air Terjun Sendat Ulu Yam, dekat Batang Kali petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor yang dipetik laporan Sinar berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 1.17 petang.

Susulan itu sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bahru digegaskan ke lokasi kejadian.

Pencarian oleh anggota bomba berjaya mengesan kedudukan mangsa berumur 18 tahun itu pada kedalaman air 2.4 meter.

"Anggota bomba kemudiannya melakukan selaman sehingga mangsa berjaya dibawa naik ke darat.

"Bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) dilakukan terhadap mangsa sebelum pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katan Hafisham.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Post a comment

0 Comments