Saingan MotoGP dijangka dimulakan kembali pada Julai


PEMINAT perlumbaan MotoGP bakal dapat menyaksikan saingan kejuaraan tersebut tidak lama lagi.

Ia susulan pengendali perlumbaan itu dilapor telah mengesahkan kalendar baru musim 2020 yang  menyaksikan sekurang-kurangnya 13 perlumbaan dijalankan sebelum hujung tahun ini.

Memetik satu laporan media, saingan tersebut dijangka akan bermula 19 Julai depan menerusi perlumbaan di Circuito de Jerez yang menyaksikan dua saingan berturut-turut di Sepanyol, diikuti dengan Andalusia.

Saingan akan diteruskan pada 9 Ogos depan di Brno, Republik Czeh sebelum ke Austria, San Marino, Barcelona dan Le Mans.

Empat perlumbaan terakhir akan diadakan di Sepanyol, Aragon dan Valencia, sekitar Oktober dan November nanti.

Empat lagi perlumbaan di luar Eropah juga ditambah dari 22 November hingga 13 Disember melibatkan Amerika Syarikat, Argentina, Thailand dan Malaysia.

Bagaimanapun, keputusan akhir mengenainya akan disahkan sebelum 31 Julai nanti.

Sebagai rekod, saingan MotoGP musim ini gagal dimulakan selepas wabak coronavirus (COvid-19) merencatkan perancangan semua jenis sukan di dunia

Aksi pembukaan di Qatar dibatalkan ekoran kekangan penerbangan dari Itali. Tujuh perlumbaan dibatalkan sambil tiga lagi ditangguhkan.
 

Post a comment

0 Comments