Saksi lihat helikopter TNI terhempas


SEBUAH helikopter milik Tentera National Indonesia (TNI) terhempas dan membunuh empat anggota yang berada dalam pesawat udara itu.

Helikopter tersebut yang difahamkan milit angkatan darat negara itu terhempas di Kaliwungu, Kecamatan Kendal, di Jawa Tengah kira-kira jam 1.40 petang semalam.

Selain memgorbankan empat anggotanya, nahas itu turut mencederakan lima yang lain,  helikopter jenis MI-17 buatan Rusia itu sebelumnya dilapor dalam misi latihan penerbangan.

"Lima lagi cedera dalam kejadian itu," kata Ketua Penerangan TNI Brig Jeneral Nefra Firdaus, dalam satu kenyataan .

Seorang saksi,  Eka Candra yang dipetik laporan Kompas mendakwa menyaksikan kejadian itu.

Bercakap kepada Kompas TV, Eka berkata beliau melihat helikopter tersebut terbang rendah sebelum jatuh terhempas.

"Setelah jatuh ada 2 orang yang sempat lari dari heli. Setelah itu terjadi 3 sampai 4 kali ledakan," kata Eka dipetik.
  
Sementara seorang lagi saksi dikenali sebagai Abdul Kadir berkata beliau pada mulanya menjangkakan helikopter itu mahu mendarat " Seperti mau mendarat tapi tiba-tiba langsung terhempas ke bawah, menghujam tanah," 
 
Sementara itu, pihak berkuasa republik itu berkata, punca kejadian kini masih dalam siasatan.

Post a comment

0 Comments